PENDEKATAN DAKWAH DALAM KAEDAH PENGAJARAN KEPADA MUALLAF PENDEKATAN DAKWAH DALAM KAEDAH PENGAJARAN KEPADA MUALLAF
Isi Artikel Utama
Abstrak
Pendekatan dakwah dalam kaedah pengajaran kepada mualaf merupakan suatu tajuk yang membincangkan berkaitan penerapan konsep dakwah dalam kaedah pengajaran kepada mualaf. Objektif kajian ini ialah mengkaji kaedah pengajaran yang sesuai kepada mualaf berdasarkan beberapa pendekatan dakwah yang ada dalam al-Quran dan al-Sunnah. Metode yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan dengan menggunakan teknik analisis dokumen yang bersifat kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat banyak pendekatan dakwah yang boleh digunakan dalam kaedah pengajaran kepada mualaf iaitu pengajaran berasaskan kaedah al-Quran, pengajaran berasaskan pendekatan Rasulullah SAW dan pendekatan pengajaraan secara berhikmah. Kajian ini akan memberi sumbangan kepada tenaga pengajar mualaf khususnya dan pendakwah umumnya. Implikasi kajian adalah beberapa kaedah yang ditemukan dalam kajian ini boleh diguna pakai oleh tenaga pengajar mualaf khususnya ketika menjalankan aktiviti pengajaran. Begitu juga pendakwah, beberapa penemuan dalam kajian ini boleh digunakan sewaktu menjalankan aktiviti dakwah.
Katakunci: Pendekatan dakwah, Kaedah Pengajaran, Mualaf
Rincian Artikel
- Penulis menyimpan hak cipta dan memberikan jurnal hak penerbitan pertama naskah secara simultan dengan lisensi di bawah Creative Commons Attribution License yang mengizinkan orang lain untuk berbagi pekerjaan dengan sebuah pernyataan kepenulisan pekerjaan dan penerbitan awal di jurnal ini.
- Penulis bisa memasukkan ke dalam penyusunan kontraktual tambahan terpisah untuk distribusi non ekslusif versi kaya terbitan jurnal (contoh: mempostingnya ke repositori institusional atau menerbitkannya dalam sebuah buku), dengan pengakuan penerbitan awalnya di jurnal ini.
- Penulis diizinkan dan didorong untuk mem-posting karya mereka online (contoh: di repositori institusional atau di website mereka) sebelum dan selama proses penyerahan, karena dapat mengarahkan ke pertukaran produktif, seperti halnya sitiran yang lebih awal dan lebih hebat dari karya yang diterbitkan. (Lihat Efek Akses Terbuka).